PAS DAN MELAYU
Oleh Haizam
Sejak akhir-akhir ini, PAS
semakin popular dikalangan kaum Melayu. Ramai yang dahulunya UMNO
kini berubah ke PAS. Malah berkemungkinan besar PAS dapat
mengugat UMNO dipilihanraya akan datang.
Sejauh manakah PAS benar-benar menjadi alternitif kepada kaum
Melayu?
Apakah perubahan yang telah berlaku di dalam politik PAS
sehinggakan tiba-tiba sahaja ianya menjadi
sedemikian?
Dasar PAS terhadap kaum Melayu masih seperti dahulu, cuma
perubahannya pada dasar terbuka dan boleh berkerjasama dengan
kaum Cina, India dan lain-lain (daripada parti DAP, Keadilan dan
PSRM) diatas tiket BA.
Pilihanraya ke 10 negara dibuat pada 29.11.1999. Kerajaan berura-ura bagi mengadakan pilhanraya ini sejak awal bulan September 1998, namun PAS terus berkempen walau pun tarikh sebenar belum diumumkan. Bendera-bendera PAS dipasang, ceramah-ceramah umum dibuat hampir setiap malam di seluruh negara. Nah lihatlah hasilnya, sesuai dengan kegigihan terhadap usaha mereka dalam tempuh kurang lebih setahun itu. UMNO yang dikatakan punyai ramai pemimpin berwawasan, terlepas pandang perkara ini, malah ada yang berkata, "Biarkan bendera-bendera mereka sehingga reput." Ini membuka ruang PAS untuk terus berkempen dan meningkatkan jumlah penyokongnya dari kalangan kaum Melayu. Parti UMNO hanya berpeluang berkempen kira-kira sebulan sahaja, ditambah pula dengan ucapan-ucapan yang memburuk serta memperlekehkan pemimpin PAS. Ini membangkitkan kemarahan kepada UMNO sambil meraeh simpati terhadap PAS oleh orang-orang Islam kaum Melayu.
Kita juga sedia maklum bahawa perkara ini
berpunca dengan pemecatan TPM sdr. Anwar oleh PM. Ia dituduh
bermoral rendah, meliwat lalu ditangkap dan disumbatkan ditahanan
polis bagi menunggu hari penbicaraan. Tapi sebelum penbicaraan
dibuat, ia telah dikatakan bersalah oleh PM "saya ada bukti
kukuh," katanya. Ini diikuti pula dengan penderaannya
sehingga lebam-lebam dimata dan di muka oleh Ketua Polis Negara
semasa di dalam tahanan, dan PM menuduh pula bahawa penderaan ini
dibuat olehnya sendiri. Ramai kalangan daripada kaum Melayu
sangsi terhadap keadilan dan kejujuran PM. Populariti sdr. Anwar
telah berjaya menyaingi kedudukan PM. tiba-tiba jatuh tersungkur
dituduh meliwat, kes ini sukar diterima umum. Ramai dari kalangan
kaum Melayu mengharapkan keadilan ini dituntuti dan harapan
mereka kepada parti PAS.
Agenda pemimpin-pemimpin negara ialah untuk
meningkatan ekonomi, menjamin keamanan serta kestabilan kaum-kaum di negara ini. Mengikut
sejarah dan teorinya siasah atau politik Islam yang disarankan
oleh PAS dapat menjamin perkara tersebut. Cuma keberkesanannya
maseh kabur dan kurang jelas, kita maseh ternanti-nanti model
ini. Kalau kita lihat akan politik Islam Pakistan sudah lama
kecundangnya, bagitu juga politik Islam Afghanistan, sehingga
sekarang kestabilan dan keamanan tidak tercapai.
Ketika inilah masanya PAS sepatutnya
menumpukan serta memberi penerangan terhadap
panduan-panduan dan kaedah-kaedah siasah/politik Islam di dalam
ceramah-ceramah PAS. Keadaan ini membuka peluang bagi PAS untuk
terus maju. Kita dapat saksikan beribu-ribu orang hadir disetiap
ceramah PAS. Cuma yang sedihnya syarahan yang disampaikan
berbentuk "mematah kata" pemimpin kerajaan, bukannya
berbentuk panduan serta kaedah kearah peningkatan ekonomi,
kestabilan kaum dan menjamin keamanan. Kaum Melayu telah ramai
berminat kearah ini, semoga panduan-panduan yang disampaikan
dijadikan 'homework' serta membuka minda apabila pulang dari
ceramah-ceramah PAS tersebut. Sudah sampai masanya PAS berusaha,
gunakan peluang yang ada bagi membangun raayat kearah kerajaan
Islam Malaysia. TAKBIR!!!