PAS vs UMNO
Satu analisis
Oleh Abdullah bin Abdul Karim
Apabila kita membicarakan tentang politik Melayu moden
pasca-merdeka, maka kita tidak boleh mengelak bagi membincangkan
tentang dua parti siasah Melayu yang terbesar iaitulah PAS dan
UMNO. Orang Melayu di negara ini seolah-olah sudah mempercayai
bahawa kalau ingin berjuang di medan politik maka pilihan yang
ada hanyalah PAS dan UMNO.
Parti yang ketiga yang cuba bertindak selaku alternatif biasanya
tidak boleh survice dan akhirnya akan mati begitu
sahaja.Inilah yang terjadi pada beberapa buah parti lain,
antaranya Parti Negara yang diasakan oleh Dato' Onn Jaffar yang
hanya sempat bertanding dua kali dalam Pilihan Raya Umum.
Bagitu juga yang menimpa pada Parti Melayu S46 yang diasakan oleh
Tengku Razaleigh Hamzah. Selepas melalui dua pilihan raya,
akhirnya terpaksa dibubarkan, walaupun pada zahirnya PMS46 punyai
pimpinan yang berkelibar dan berpengaruh.
Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk melihat secara lansung
senario yang berlaku dalam politik Malaysia sekitar kebelangan
ini tapi ianya lebih berupa kupasan terhadap perjuangan PAS dan
UMNO dan menelusuri sejarah pertentangan keduanya disamping
mengkaji punca utama konflik di antara kedua parti ini.
UMNO ditubuhkan dalam tahun 1946 hasil daripada keputusan Kongres
Politik Melayu yang pertama di Kuala Lumpur. Penubuhan ini
kemudian disahkan di dalam kongres Melayu yang kedua yang
diadakan di Istan Johor Bahru pada bulan Mei 1946 dengan hasrat
untuk mempertahankan ketuan Melayu dan mendapat kemerdekaan bagi
Tanah Melayu.
Pimpinan UMNO pada ketika itu adalah dari kalangan bagsawan
Melayu dan juga golongan cerdik pandai Melayu yang berkhidmat
dengan kerajaan British.
Pas boleh dikatakan sebagai sebuah parti serpihan dari UMNO
apabila segelintir ulama yang berada dalam UMNO yang tidak
berpuas hati dengan UMNO, khususnya dalam isu mewujudkan judi
loteri. Ketegasan tokoh ulama menolak kewujudan judi yang
diharamkan oleh Islam, mendorong mereka meninggalkan UMNO.
Lantas hasil dari Persidangan Alim Ulama Tanah Melayu kali kedua
yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, pada 15 Ogos
1951 telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Ulama yang
terpisah dari UMNO.
Beberapa bulan kemudian ianya menjadi Persatuan Islam Se-Tanah
Melayu dan Tuan Haji Ahmad Puad selaku bekas ketua Biro Agama
UMNO menjadi Peridennya yang pertama.
Sebenarnya penubuhan PAS ini adalah merupakan kesinambungan dan
perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1948,
tetapi diharamkan oleh British tidak lama kemudian.
Sejak dari pilihan raya yang pertama dalam tahun 1955, UMNO
selaku parti yang mewakili orang Melayu tidak pernah tewas dalam
setiap pilihan raya umum, meskipun pertandingan diatas tiket
Perikatan yang menggabungkan UMNO-MCA-MIC (selepas 1974 dikenali
sebagai Barisan Nasional).
Sungguh oun demikian UMNO pernah kehilangan kuasa di Terengganu
(1959-1962 dan 1999-kini) dan di Kelantan (1959-1977 dan
1990-kini). Kesemuanya ditangan PAS, UMNO dan juga PAS pernah
bergabung dalam kerajaan campuran selepas peristiwa 13 Mei 1969
diatas dasar kepentingan Melayu. Selepas PAS 'ditendang' dari BN
pada 1977, PAS terus meneruskan perjuangan Islamnya hingga ke
hari ini.
PAS tidak pernah berpeluang memenangi pilihan raya di peringkat
persekutuan tetapi diberi mandat untuk memerintah Kelantan dan
Terengganu. Atas sebab dasar perjuangan yang berteraskan Islam,
PAS bertapak kukuh di negeri-negeri 'the malay heartland'
seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Pokok pertentangan PAS-UMNO sejak dari dahulu lagi untuk
membuktikan siapa yang paling mampu memperjuangkan Islam dan
membela kepentingan Melayu. Biasnya kecaman PAS keatas UMNO ialah
sekitar isu UMNO tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam
dan tidak mampu membela nasib orang Melayu.
Dalam membincangkan mengenai komitmen PAS dan UMNO dalam
perjuangan menegakkan Islam, saya lebih suka merujuk kepada
perlembangaan kedua-dua parti selaku undang-undang dasar yang
menjadi asas halatuju perjuangan kedua mereka.
Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan bahawa tujuan PAS adalah
untuk memperjuangkan sebuah masyarakat dan pemerintahan di dalam
negara ini yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Isalam
dan juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan
kedaulatan negara.
Selanjutnya di dalam Fasal 6 dinyatakan usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk merealisasikan tujuan diatas, antaranya dengan
menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasul-Nya
sama ada melalui lisan, tulisan dan amalan.
Manakala di dalam perlembagaan UMNO pula perkara-perkara
berkaitan dengan tujuan penubuhan UMNO yang berkaitan secara
lansung tentang usaha memperjuangkan Islam ada diperuntukkan di
dalamFasal 3(2) dan (3). Fasal 3(2) menyatakan bahawa UMNO
menyokong Perlembagaan Persekutuan dan negeri serta
mempertahankan prinsip yang terkandung di dalamnya terutamanya
mengenai Agama Islam.
Dalam Fasal 3(3) pula, UMNO akan berusaha mempertahankan, menegak
dan mengembangkan Islam selaku agama resmi negeri dan membenarkan
kebebasan beragama.
Kalau di buat perbandingan disini, PAS secara jelas menyatakan
bahawa tujuan PAS ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan agar
tertubuh sebuah negara yang terkandung didalamnya pemerintahan
berasaskan Islam dan Islam yang dimaksudkan disini ialah Islam
yang syumul dan tafsirannya tidak terbatas kepada takrif Islam
didalam perlembagaan Islam.
Tambahan pula Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut bahawa dasar PAS
adalah Islam. Berbeza dengan UMNO yang menyokong peruntukan
Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukan bahawa Islam adalah agama bagi
Persekutuan.
Di sini timbul satu persoalan besar, apakah maksud Islam sebagai
agama Persekutuan? Apakah ini bererti Islam menjadi undang-undang
utama dalam negara dan meliputi setiap aspek kehidupan? Ataupun
hanyalah sekadar menjadi agama yang utama dalam majlis-majlis
rasmi sahaja?
Persoalan berhubung dengan maksud Islam sebagai Agama Persekutuan
ini telah pun dijawab bila mana Mahkamah Persekutuan telah
memberi taksiran terhadap perkataan 'Islam' tersebut.
Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hakim Negara, pada tahun 1988 di
dalam kes Che Omar Che Soh v. Pendakwaraya, telah memutuskan
maksud peruntukan dalam Perkara 3(1) sebagaimana yang diniatkan
oleh Reid Commission selaku pengubal Perlembagaan Persekutuan
ialah terbatas kepada perkara-perkara dan majlis-majlis rasmi
sahaja dan bukanlah bererti bahawa agama Islam menjadi
undang-undang tertinggi di dalam negara.
Kalau dilihat dari perspektif ini, seolah-olah UMNO hanya
memperjuangkan Islam sebagaimana yang dibataskan oleh
Perlembagaan Persekutuan dan bukanlah untuk dijadikan Islam
sebagai peraturan yang tertinggi yang merangkumi seluruh aspek
kehidupan.
Namun sepanjang 43 tahun pemerintahan BN telah banyak agenda
Islam yang dilaksanakan kerajaan seperti perlaksanaan Penerapan
Nilai-Nnilai Islam, penubuhan Universiti Islam Antarabangsa,
pengenalan sistem perbankan Islam dan lain-lain lagi.
Sungguhpun begitu ia masih lagi mendapat kecaman di kalangan
tertentu terutama PAS yang beranggapan bahawa UMNO tidak
mempunyai political will dalam soal melaksanakan Islam
secara menyeluruh, bahkan segala yang dilaksanakan hanyalah untuk
political milage dan political survival bagi
UMNO sendiri dan bukanlah kerana ingin melihat Islam didaulatkan.
PAS walaupun tidak pernah berpeluang memerintah negara ini, PAS
seolah-olah cuba membuktikan bahawa mereka lebih
bersungguh-sungguh menegakkan Islam terutama bila berjaya
memerintah Kelantan selepas pilihan Raya 1990. Contihnya pada
tahun 1993 Dun Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang-undang
Islam (II) Negeri Kelantan yang mengandungi hukuman kerana
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang
tertinggi dalam negeri.
UMNO kalau dilihat perjuangan disekitar tahun 1960-an dan 70-an,
lebih banyak mecanangkan agenda perjuangan nasionalsme Melayu dan
agak kurang memperkatakan tentang komitmen untuk menegakkan Islam
walaupun ianya dijalankan secara beransur-ansur.
PAS pada era tersebut, sunguhpun mengaku sebagai sebuah Jemaah
Islam yang mempertahankan Islam juga tidak begitu jelas agenda
Islamnya dan lebih banyak bersaing dengan UMNO untuk membuktikan
bahawa mereka lebih mampu mempertahan ketuanan Melayu.
Pimpinan utama PAS ketika itu bukanlah terdiri daripada kalangan
ulama tetapi golongan yang berpendidikan sekular dan berjiwa
nasionalis yang bersendikan Islam seperti Dato' Asri Muda dan Dr.
Burhanuddin Al-Helmi.
Ini telah menyebabkan golongan ulama dalam PAS memberi tekanan
terhadap Dato' Asri selaku YDP PAS hingga menyebabkan Dato' Asri
meletakkan jawatan dalam tahun 1983 dan selepas itu muncullah
'Era pimpinan Ulama' dalam PAS hingga ke hari ini.
Sesetengah pengkaji politik berpendapat keadaan ini timbul hasil
dari kegelisahan ahli PAS sendiri yang merasakan PAS akan
tersudut dalam era kebangkitan Islam (Islamic Resurgence)
jika PAS tidak mengubah corak pendekatannya. Tambahan pula UMNO
di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad kelihatan begitu
bersungguh melaksanakan penerapan nilai Islam yang sekaligus
merupakan ancaman terhadap PAS.
Kemasukan bekas Presiden ABIM, Anwar Ibrahim ke dalam UMNO cukup
mengecewakan ahli PAS dan tambah memeritkan PAS. Oleh itu
reformasi kepimpinan PAS adalah tepat pada waktunya untuk terus
melayakkan PAS bersaingan dengan UMNO. Peranan Anwar dalam UMNO,
selaku bekas peminpin gerakan Islam terkemuka telah dimanafaatkan
sepenuhnya untuk menampilkan citra Islamik, di dalam UMNO
sendiri.
Tambah malang bagi PAS bilamana ABIM yang sebelum ini kelihatan
condong terhadapnya, telah mula bersifat lunak terhadap kerajaan.
Bagitu juga dengan JIM (dahulunya dikenali sebagai IRC) juga
telah bersikap positif terhadap kerajaan.
Walaupun PAS bersaorangan, ia tidak menghakis sokongan masyarakat
terhadap PAS, tambahan pula PAS mempunyai pimpinan berwibawa yang
bukan sekadar the puppet leadership.
Walaupun UMNO kelihatan kuat, tetapi UMNO mengalami krisis yang
berpanjangan hasil dari the jostling of power yang
berlaku di dalam kewujudan team atau faction di
dalam UMNO telah menjadi an open secret walaupun
sentiasa dinafikan oleh mereka. Kekuatan UMNO ialah sikap
pragmatik UMNO sendiri yang sentiasa berubah mengikut kesesuaian.
Suasana politik negara masakini terutama selepas pemecatan Dato'
Seri Anwar Ibrahim dan pasca pilihan raya 1999 merupakan detik
yang sukar buat UMNO kelihatan terhakis pengaruhnya dikalangan
orang Melayu. Sokonagn orang Melayu terhadap UMNO hanya tinggal
sekitar 36 peratus sahaja.
Kumpulan Islam seperti JIM dan ABIM yang sebelum ini banyak
membantu UMNO dalam menghadapi PAS telah kembali bergabung dengan
PAS. Majoriti orang Melayu mungkin melihat senario-senario yang
berlaku sebelum dari pilihan raya tersebut sebagai indicator
bahawa agenda Islam yang dibawa oleh UMNO hanyalah sebagai
tempelan dan bukanlah melambangkan kesungguhan UMNO untuk
memertabatkan Islam.
Ulama-ulama terkemuka yang luas pengaruhnya di dalam masyarakat
telah turun ke medan untuk menentang UMNO. Dalam suasana yang
wujud sekarang UMNO seolah-olah bersaorangan untuk menjayakan
aspirasi Islamnya. Tentulah yang paling mendapat mendapat
keuntungan dari situasi ini ialah PAS selaku seteru politik UMNO.
PAS sekarang sudah berjaya memperlihat imejnya selaku gerakan
Islam yang dinamik dan progressif bilamana berjaya mengabungkan
para ulama dan kalau UMNO ingin terus menjadi tunjang dalam
pmerintahan negara, UMNO perlu berubah dan membuang segala macam
elemen negatif yang menjauhkannya dari rakyat.
Rakyat terutamanya umat Islam di negara ini tidak lagi sangguh
untuk terus melihat perselisihan dan perpecahan disebabkan
berbezaan fahaman politik. Kedua-dua pihak; PAS dan UMNO harus
mencari formula penyelesaian dengan merujuk kepada ajaran Islam
sebenar agar umat Islam di negara ini bersatu dan mendapat
keredaan dari Allah Taala.