Pelacur Bangladesh rai keputusan mahkamah
Berita Harian 31.3.2
Dhaka, Khamis(30.3.2K) - Beratus-ratus pelacur yang diusir dari
tiga rumah pelacuran di Bangladesh, meraikan keputusan mahkamah
yang mengisytiharkan pekerjaan mereka tidak haram, ketika
kerajaan berusaha mencabar keputusan itu, hari ini.
"Keputusan mahkamah memudahkan laluan kami untuk menegakkan
hak kami," kata seorang pelacur, Shanaj, kepada orang ramai
di Taman Osmany Uddayan.
Pelacur terbabit berhimpun untuk meraikan keputusan itu dan cuba
untuk menangi pendapat awam berhubung perisytiharan mahkamah di
negara Islam itu.
Kegembiraan mereka disambut pada hari kerajaan merayu keputusan
itu, yang dibuat dua minggu lalu oleh hakim Mahkamah Tinggi,
Muhammad Fazrul Karim dan Mohammad Wahab Miah, yang
mengisytiharkan bahawa pelacuran 'tidak haram'.
Hakim Dewan, Mahmudul Ameen Chowdhury, mengumumkan pengekalan
keputusan itu selama sebulan dan enggan mengulas mengenai rayuan
kerajaan.
Menurut perlembagaan Bangladesh, 'kerajaan akan menerima pakai
beberapa langkah berkesan untuk mencegah pelacuran dan
perjudian'.
Bagaimanpun, hakim Mahkamah Tinggi itu berkata 'hak untuk hidup,
yang dijamin mengikut fasal 31 dalam perlembagaan, harus dilihat
sebagai hak untuk meneruskan kehidupan, hak yang tidak boleh
dirampas kecuali yang sejajar dengan proses undang-undang,.
Keputusan itu menegaskan bahawa 'pekerjaan itu tidak haram kerana
mereka melakukannya untuk mencari nafkah'.
"Mereka tidak harus dipaksa untuk berhenti melakukan
pekerjaan itu... hak pelacur untuk hidup adalah hak asasi,"
kata hakim ketika mengumumkan keputusan awal mereka.
Beberapa pertubuhan hak asasi menusia memperjuangkan kes itu
selepas beribi-ribu pelacur diusir dari rumah pelacuran di
kawasan pelabuhan Narayanganj yang berdekatan, Julai tahun lalu.
- AFP