Perpecahan Kaum Melayu
Suatu perbincangan
Kehidupan beragama Islam berperanan bagi membentuk perpaduan
serta keamanan di dalam sesebuah masyarakat. Islam mula
disebarkan di negara ini sejak kurun ke 14 Masehi, ianya terus
dihayati oleh hampir keseluruhan masyarakat Melayu. Kini telah
500 tahun berlalu, Islam bagi masyarakat Melayu telah berpecah,
seperti Islam PAS, Islam UMNO, Islam Tabgligh, Islam Tarikat,
Islam Syiah, Islam Arqam(dulu-dulu) dan lain lain. Ditambah pula
dengan keruntuhan- keruntuhan akhlak kaum Melayu, seperti
penglibatan dalam pengalahan penggunaan dadah, bosia, bohjan,
perogol, sex bebas, membuang bayi dan lain-lain. Kini diancam
pula dengan perpecahan kepada gulungan antihadis dan gulungan
murtad. Perpecahan ini telah mula keperingkat mencemaskan. Malah
pertubuhan-pertubuhan Islam yang terkemudian juga tidak mahu
bergabung dengan Islam masyarakat Melayu yang telah lama bertapak
di negara ini, seperti Indian Muslin dan PERKIM.
DIMANA SILAPNYA ????? MELAYU atau ISLAMNYA ?????
Firman Tuhan yang bermaksud:
...Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan
telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam
itu jadi agama bagimu.. Al-Maidah 5:3
Ayat ini turun lebih 1000 tahun yang lalu. Kesempurnaan serta
perpaduan masyarakat Islam telah terbukti di zaman Baginda
Rasullullah SAW dahulu. Islam terjamin kesempurnaannya dan
perpaduan penganut-penganutnya, kita hanya ambil dan pakai
sahaja, tetapi mengapa boleh terjadi sebaliknya terhadap
perpaduan masyarakat Melayu ?????
Firman Tuhan yang bermaksud :
...Sesungguhnya Allah tiada merubah keadaan sesuatu kaum sebelum
mereka merubah keadaan diri mereka sendiri...... Ar-Rad 13:11
Jelasnya masyarakat Melayulah punca perpecahan. Masyarakat Melayu
yang harus dibangun/ubahkan. Ayoh Bangsa ku kita perjuangkan
MARTABAT BANGSA!!!!! BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
Bersatu menjunjung ISLAM agar nilai masyarakat Melayu
setara/setanding dengan masyrakat lain yang telah maju di dunia.
HAIZAM<haizam1@yahoo.com>
Assalamualaikum,
Saya sokong dengan pendapat saudara Haizam yang mengatakan bahawa
perpecahan di kalangan Melayu ada lah dalam tahap yang
mencemaskan. Beliau ragu dan hairan kenapa ianya berlaku
sedangkan Islam itu menyokong kepada perpaduan dan ini telah
terbukti di zaman Rasulullah dahulu. Beliau menyalahkan
masyarakat Melayu itu sendiri yang menyebabkan perpecahan itu dan
meyoalkan kenapa mesti ujud itu Islam PAS, Islam UMNO, Islam
Tabligh, Islam Syiah dan bermacam-macam lagi.
Sebenar nya masaalah perpecahan dikalangan umat Islam itu bukan
lah sindrom masyarakat Melayu itu sahaja ianya juga berlaku
didalam masyarakat lain juga saperti dalam masyarakat Yahudi,
Arab dan juga Kristian dinegara barat saperti Amerika.
Pendapat umum menyatakan adalah satu perkara yang baik jika
sesuatu masyarakat atau negara itu dapat bersatu kerana akan
menjadikan negara itu kuat.
Jadi macam manakah kita dapat bersatu didalam satu masyarakat
atau negara itu?
Perlu lah adanya sikap menghormati setiap angota masyarakat,
sikap tolong menolong dan berkerja sama didalam setiap tugasan
yang perlu dilaksanakan.
Perlu diingatkan makna bersatu tidak semesti lah bermakna tiada
perbezaan pendapat. Malah perbezaan pendapat adalah sesuatu yang
bagus kerana ini akan menimbulkan perbincangan dan dari
perbincangan ini biasa nya isu satu satu masaalah itu dapat
dikupas dengan lebih terperinci dan kebiasaan nya keputusan yang
lebih tepat dapat diambil. Maka apabila keputusan telah telah
dibuat dengan mengambil kira dengan menghormati pandangan orang
lain kebiasaan nya tentulah kita bersatu menyokong keputusan itu.
Mungkin didalam isu itu keputusan tidak memihak kepada pandangan
tapi mungkin didalam isu lain keputusan memihak kepada kita maka
kita biarkan. Pepatah mengatakan rambut sama hitam tapi hati lain
lain. Setiap manusia itu unik tetapi ia juga mempunyai persamaan
dengan maknusia lain.
Jadi didalam negara kita ada bermacam macam parti politik. Ada
PAS, DAP, MCA, MIC, PPP, UMNO dan lain lain lagi. Masing masing
ada pandangan masing masing dan selagi parti-parti ini
mengeluarkan pandangan dengan ikhlas dan menghormati parti lain
dalam kontek sebagai angota masyakat di bumi yang tercinta ini
saya rasa tidak ada masaalah. Dan saya bersyukur negara kita
membenarkan perbagai parti ujud dinegara ini.
Wassalam. Kamal Mohammadkamal_kl98@mailexcite.com
Assalamu'alaikum wbt.
Perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam tidak lain tidak
bukan kerana kelainan kefahaman tentang Islam hasil dari
perancangan musuh Islam melalui penjajahan. Kita semua maklum
walupun penjajah telah lama berambus tetapi keberambusan mereka
itu berlaku selepas mereka berjaya melahirkan bangsa melayu yang
berfikiran barat. kumpulan ini kemudian meneruskan peninggalan
penjajah. Inilah yang menjadi masalah dan punca kepada perpecahan
yang berlaku.
Berpecah bangsa melayu kepada dua - UMNO dan PAS - sekular dan
Islam. Hasil dari perpecahan ini bangsa melayu dipecahkan lagi
dengan kelahiran perbagai kumpulan dengan prinsip masing-masing
seperti tabligh, jim, abim, islah, yang tidak berminat tentang
politik kerana mereka memandang politik itu kotor (kononnya).
Sedikit sebanyak kehadiran mereka menyumbang kepada keparahan
perpecahan orang melayu. Mereka turut memberi saham kepada
perpecahan yang di- rancang oleh musuh-musuh umat Islam. Umat
Islam diingatkan, jika berlaku perpecahan hendaklah kembali
kepada al-Quran dan sunnah. Namun demikian, walaupun ada di
kalangan umat yang beriya-iya menyahut seruan ini masih terdapat
golongan yang memandang remeh kepada peringatan Rasulullah saw.
Maka perpecahan itu tidak berkesudahan.
Dalam hubungan ini siapa yang menolak peringatan ini?
Siapakah sebenarnya yang menyebabkan perpecahan?
Bukankah mereka yang mempertahankan perlembagaan negara yang
toghut dan memberi berbagai sebab untuk tidak melaksanakan Islam.
Apabila ditegur mereka melenting, mereka menuduh mereka susah
payah membentuk kerajaan, golongan Islam senang- senang nak
laksanakan hudud dan sebagainya. Mereka menghina para ulama.
Kelantangan mereka tidak lain kerana di kalangan mereka juga
terdapat ulama yang telah menyumbang kepada keegoan mereka.
Rasulullah saw telah bersabda bahawa di akhir zaman ulama
terbahagi kepada dua - ulama baik dan ulama jahat.
Hanya keimanan kepada Allah swt dan Rasulullah saw boleh
membezakan di antara keduanya. Semoga kita dipelihara Allah dari
tertipu dengan keadaan ini. Dan dari tipuan musuh umat di
sepanjang zaman - yahudi dan nasrani - yang tidak akan berdiam
diri selagi umat Islam tidak mengikuti mereka! Dan merekalah -
melalui penjajahan fikiran - yang mendalangi perpecahan umat
Islam di mana-mana sahaja sehingga akhir zaman.
Hanya dengan kembali kepada Al-Quran dan sunnah umat ini akan
bertemu dengan titik penyatuan! Yang berupaya menghancurluluhkan
segala tipu daya musuh hingga ke akar umbinya.
....keangkuhan dan kesombongan terhadap Allah tidak sedikitpun
menjejaskan kedudukanNya dan percayalah, Islam pasti menang!
Tidak akan berlaku kiamat selagi umat Islam tidak membunuh
yahudi! Dan sebelum ia boleh berlaku sudah tentu umat Islam perlu
terlebih dahulu menghancurkan
halangan dari kalangan ejen-ejen yahudi di negara masing-masing.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Wallahu'alam. Wassalam.
Ahmad Chukari<achussin@tm.net.my>
Saudara Ahmad Chukari
Kita tidak menafikan adanya pengaruh penjajah/Barat terhadap
masyarakat Melayu di negara ini. Jati diri dan keupayaan
pemimpin-pemimpin negara ini telah mula menggugat pengaruh
tersebut, sebagai tindakbalas dan kurang senangnya pihak Barat
terhadap pengaruh negara kita, mereka menggugat mata wang negara.
Malah pengaruh pihak Barat juga tidak dapat membendung kewujudan
persatuan Islam di negara mereka. Banyak gereja-gereja di negara
Barat dijadikan Masjid oleh orang-orang Islam. Ini melibatkan
juga di beberapa buah daerah di Eropah dan Amerika, ramai di
kalangan rakyat-rakyat negara tersebut memeluk Islam dan telah
pun timbulnya pendakwah-pendakwah Islam dikalangan orang-orang
Barat seperti Ahmad Didad, Yusof Islam dan lain-lain.
Kalaulah dilihat dengan pengaruh Barat, pengaruh Amerika dan
pengaruh budaya serta sosial masyarakat tersebut, seperti sex
bebas, tayangan gambar lucah, pantai-pantai bogel dan lain-lain,
memang sukar bagi kita untuk meyakinkan wujudnya masyarakat Islam
di negara tersebut. Alhamdullilah, ianya dapat diujudkan dan
secara tidak lansung telah berjaya mengatasi pengaruh negara
(Barat) itu sendiri.
Masyarakat Islam tersebut bersatu tidak seperti masyarakat Islam
di negara kita.
HAIZAM<haizam1@yahoo.com>
Assalamualaikum,
Ini hanyalah pandangan saya. Walaupun bertambah ramainya penganut
Islam di Barat dan pembelian gereja untuk dijadikan masjid adalah
satu petanda baik bagi umat Islam keseluruhannya tetapi jika
dilihat dari sudut lain, umat islam di barat tidak mempunyai
kuasa politik, mereka hanya mampu menjalankan aktiviti rituals
sahaja.
Mungkin dengan yang demikian masyarakat barat tidak bimbang
tentang perkembangan ini.Mereka lebih bimbang dan menumpukan
serangan terhadap Islam di sebelah Timur kerana berpandukan
kepada satu hadis (maaf kalau tersilap dan harap tolong betulkan)
iaitu 'akan bangkit Islam itu dari sebelah timur" lebih
kurang gitulah maksudnya iaitu bangkitnya isalm nanti dari
kawasan sebelah kita kerana sinilah Orang Islam memegang tampuk
pemerintahan, oleh itu mereka bimbang sekiranya kita menjalankan
politik islam sepenuhnya dan menjalankan penyebaran Islam seperti
di zaman kegemilangan islam dahulu.
Selagi kita hanya bertumpu pada ibadah sembahyang, puasa, zakat
dan haji mereka tak bimbang dan memang itulah yang mereka mahu.
Sabda Nabi s.a.w lagi (lebih kurang maksudnya) "Orang islam
akhir zaman ramai tapi seperti buih-buih di lautan iaitu
terapung-apung dan tak punya kekuatan.
Dengan itu saya menyeru supaya kita semua bersembahyang jamaah di
masjid setiap waktu sebagai titik permulaan untuk menyatupadukan
kita semua.
Ada juga orang membuat andaian bahawa mereka jual gereja disana
dan gunakan
duit itu untuk menyerang akidah kita di sini.
Wallahualam. Sekadar pandangan saya.
Rahimi B A Wahab A<rahimiw@gateway2.Petronas.Com.My>
Saudara Rahimi
Pada dasarnya segala perkara yang menyentuh bidang kehidupan ini
ianya bermula dari diri kita atau pun daripada setiap individu,
ini termasuklah kuasa politik. Baginda Rasullulah saw membentuk
Islam bermula pada dirinya, isterinya Saidatina Siti Khotijah,
seterusnya diminati oleh para shahabat dan sehingga diminati
ramai dan berjaya membentuk rakyat/kerajaan (politik) Islam di
zamannya. Kalau kita ambil contoh seperti peniaga-peniaga makanan
yang baik, mereka beramai-ramai berniaga di gerai makanan, mereka
bersatu dalam menentukan harga tetapi di bidang perniagaan mereka
bersaing hebat, sehat bagi mendapatkan minat ramai pelanggan.
Parti politik juga terdiri dari gabungan setiap individu dan
seharusnya bertujuan sedemekian, bersatu atas nama Islam atau
Negara, masing-masing mewakili pengikutnya bagi mengkaji,
membincang dan menyusun kehendak rakyat. Masing-masing perlulah
bersaing sehat membentuk bidang kehidupan yang setara/setanding
antara satu sama lain agar dapat menyakinkan ramai, malah boleh
dijadikan satu alternitif/pilihan bagi semua raayat di negara
ini. Bukannya caci mencaci, mencari kesalahan diantara satu
dengan yang lain, mengaku diri/partinya hebat, memencilkan diri
dan lain lain yang berunsur perpecahan, sehingga melupakan agenda
pembanguan raayat. Jika jatidiri berbeza dan perpaduan sesama
Islam itu rendah, memanglah mudah bagi meruntuhkan akidah Islam
oleh musuh-musuhnya.
HAIZAM <haizam1@yahoo.com>