Lembaga berbulu bertapa di Pulau Binai
Oleh Mordani Deni
DUA hari berturut-turut aku pergi memancing udang di Pulau Binai
di Ulu Sungai Kemena bersama pakcikku iaitu Mahmud. Ketika itu
cuti sernpena Maulidur Rasul. Keseronokan dan kepuasan memang
terasa apabila hasil tangkapan semakin bertambah. Syukur
Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah kerana memberi rezeki
yang banyak.
Disebabkan keseronokan dan kepuasan aku dan pakcik bertekad
datang lagi ke tempat itu keesokkan hari. Sejak jam 6 pagi aku
dan pakcik sudah bersiap dengan kelengkapan memancing dan bekalan
disediakan dalam bot panjang yang menggunakan enjin sangkut 15
kuasa kuda. Tepat jam 6.30 pagi bot kami berlepas ke tempat
dituju (Pulau Binai) dengan harapan semoga mendapat rezeki yang
banyak sepert semalam.
Perjalanan ke Pulau Binai mengambil masa satu setengah jam. Aku
yang duduk di depan perahu bersiul-siulan menanti saat tiba ke
tempat yang dituju. \par Manakala pakcik duduk di belakang sambil
mengemudi bot dengan hati tenang dan sabar. Tepat jam 9 pagi kami
sampai ke tempat dituju. Sauh pun dilabuh di depan dan di
belakang dengan pantas. Tibalah masanya melabuhkan pancing. Aku
mengambil semua peralatan memancing dan membubuh umpan pada mata
kail dan melontarkannya satu persatu ke permukaan air. Pakcik
Mahmud membaling pancingnya sambil tersenyum lebar berharap
supaya mendapat udang lebih banyak kerana tempat itu adalah lubuk
udang.
Setelah tiga jam kami memancing perut pun lapar. Kami berehat
sebentar untuk makan tengah hari. Setelah setengah jam berehat
kami pun menyambung memancing. Cuaca pada hari itu tidak begitu
baik, hujan mencurah-curah. Aku dan pakcik basah kuyup tetapi
hati gembira kerana banyak udang dipancing ketika itu. Jam di
tangan menunjukkan angka 6 petang. Kami masih memancing dengan
hati gembira. Matahari semakin condong ke barat. Bunyi unggas
memecah kesunyian Pulau Binai. Tiba-tiba badanku merasa serarn
dan sejuk seperti ada yang tak kena. Pakcik bertanya kepadaku
dengan kehairanan. "Apa hal?" tanya pakcik. "Tidak
ada apa-apa pakcik," kataku. Dengan sekelip mata pandanganku
semakin mekar. Aku ternampak satu lembaga tiba-tiba muncul dari
permukaan air. Aku terperanjat tidak dapat berkata apa-apa
sedangkan Pakcik Mahmud terpingga-pingga tak tahu hendak buat
apa-apa. Setelah lima minit lembaga itu muncul dengan badan yang
besar dan berbulu-bulu semakin menghampiri bot kami. Dengan
pantas aku dan Pakcik Mahmud terus memotong tali sauh dan terus
beredar dari situ. Walaupun sayang dengan sauh itu, pakcik Mahmud
menghidupkan enjin dan terus memecut sambil dikejar lembaga itu.
Setelah beberapa minit aksi kejar mengejar barulah lembaga yang
menyeramkan itu beralah.
Orang tua ada menceritakan bahawa tempat itu memang ada penunggu.
Mengikut cerita orang lama, tempat kami melabuhkan sauh itu
adalah tempat pertapaan seorang pengamal ilmu hitam. Kerana
sikapnya yang tamak sumpahnya hendak menjadi orang ditakuti
memakan dirinya sendiri lalu bertukar menjadi lembaga berbulu
diseluruh tubuhnya. Orang kampung berpakat lalu membunuhnya dan
dibuang ke dalam air Pulau Binai tempat kami memancing. Sesiapa
vang pergi memancing di situ mesti akan menempah maut kalau tidak
berhatihati. Mulai hari itu, aku serik pergi memancing ke Pulau
Binai. Kepuasan dan kegembiraan bertukar takut. Sedih dan hampa
terukir di wajahku kerana dengan peristiwa itu tidaklah dapat
kami memancing udang di lubuk itu lagi.
Nostalgia dan pengalaman itu tidak mungkin dapat kulupakan sampai
ke akhir hayatku.