Realiti Kehidupan
Suatu Renungan
Oleh Haizam
Hidup ini melibatkan
perbuatan dan amalan harian yang berbentuk budaya atau cita rasa
tersendiri. Percayalah setiap perbuatan tidak lari dari
pengetahuan dan kehendak diri. Kita juga tidak lepas daripada
kehendak tertentu, seperti kehendak undang undang atau peraturan,
kehendak ibu bapa atau keluarga, kehendak akhlak insan sejagat
atau pegangan agama dan sebagainya. Masih ramai insan yang
melakukan perbuatan salah laku yang bercanggah dalam kehidupan
ini. Realitinya insan masih terus melanggari peraturan kehidupan,
ianya terus berulang ulang, lebih lebih lagi jika ianya dapat
dirashiakan didalam kehidupan seharian mereka.
Gambar lucah misalnya, peraturan dan agama tidak bersetuju
wujudnya didalam kehidupan ini, tapi ianya berjaya menarik minat
ramai. Kita khuatir pengelibatan dalam menuntun gambar tersebut,
ianya boleh mendorong insan lupa akan batas kehidupan berakhlak
mulia dan beragama. Setelah menuntunnya, adakah anda berterusan
berminat hingga ketagih atau ianya merupakan sesuatu yang
menjijikkan. Adakah anda sedar akan keburukannya dan tahu
batas-batasnya terhadap kehidupan ini?
Sanggupkah anda menjadi insan berakhlak si pelucah yang boleh
menerima akhlak sedemikian?
Misalnya, pernah berlaku bahawa tujuh lelaki merogol satu wanita
disebuah rumah bujang, dan tidak ada seorang pun diantara tujuh
lelaki tersebut yang menjadi insan pencegah yakni membimbing agar
yang lain kearah kehidupan berakhlak insan (beragama)?
Ingatlah pesanan tok nenek kita:
YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN
YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN