Maruah di Sanggang
oleh Haizam
Pilihanraya DUN Sanggang telah pun berlalu dan ia adalah merupakan pertandingan di antara calun dari parti UMNO(BN) dan PAS(BA). Kita telah pun termaklum bahawa kedua-dua parti ini diwakili oleh sebahagian besar kaum Melayu. Pengelibatan penyokong-penyokong terutama daripada parti PAS memang hebat, mereka beramai-ramai berkampung dan berkempen disana. Tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua parti ini memang popular dikalangan pengundi-pengundi. Pembelaan kaum Melayu yang melibatkan maruah serta anutan Islam, merupakan isu utama daripada pemimpin kedua-dua parti ini.
Dihari penamaan calun, kita amat sedih diatas
tindakan Menteri Besar Pahang yang menunjuk isyarat lucah kepada
penyokong-penyokong PAS(BA). Terdengar suatu perbualan diantara
seorang keturunan India dengan pak haji di Mentakab;
"Aji!, mana ada Melayu taruk ini kanan
punye tangan, belakang punye tempat oi!, ini kanan punya tangan
tau ka? " sambil ia mengayakan, "taruk mulut oi....
makan...." kata orang India tersebut. Pak haji terdiam
membisu, kelihatan malu teramat.
Semasa hari pengundian kereta-kereta mewah
mejalar disana sini, mereka parking di bahu jalan, malah
ada yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di beberapa pusat
pembuangan undi. Hotel-hotel serta rumah-rumah tumpangan di
Mentakab, Termeloh dan dipeserkitarannya fully booked,
sehingga ada yang tidur di masjid-masjid. Gerai-gerai makan
dibanjiri oleh pelangan-pelangan luar daerah, umpama dibanjiri
oleh pelancung-pelancung berpesta.
Adakah dengan gambaran ini yang boleh
dimaksudkan bahawa kaum Melayu telah mencapai kemajuan?
Kekayaankah yang menjadi ukuran kehebatan
dan memertabatkan sesuatu kaum?
Turunlah para peminpin dari kedua-dua parti
berkempen di Sanggang. Namun Sanggang tetap Sanggang, macam biasa
sahaja. Janji tidak seberapa cuma hanya hadiah dan ceramah yang
boleh disampaikan kepada pengundi-pengundi. Terdengarlah suatu
suara perayu undi dari parti PAS(BA) di Seri Songsang sewaktu ia
merayu undi kepada suatu kumpulan orang asli; "Abang nanti
pangkah bulan ya."
"Ada duit? tanya salah seorang
daripada orang asli tersebut.
"Berapa?" tanya si perayu.
"Sepuluh....." jawabnya selamba.
Termenung si perayu mungkin tak cukup duit
kerana jumlah orang asli tersebut terlalu ramai baginya.
Ustaz lawan Ustaz, pertandingan bukan berbentuk persaingan
siapa yang terbaik, tetapi berbentuk keji mengkeji antara mereka,
tidak islammek lansung. Krebiliti calun dipersoalkan, maka
diungkitlah cerita-cerita lama mereka sehinggakan kelulusan ustaz
diperlekehkan. Kain pemidang berbentuk penghinaan digantung sana
sini. Ramai pemimpin-pemimipin negara dijadikan bahan hinaan dan
kejian, TPM dikata raja babi, MB Terengganu digelar penternak
babi dan bermacam lagi sehingga tidak sanggup nak lihat........
Yang sedihnya pimimpin Islam negara dan Islam agama anutan kita
dihina sehingga keperingkat dikatakan "ALLAH MENCARUT"
Ampunlah dosaku ya Allah
Namun demikian pilihanraya DUN Sanggang telah pun
berakhir, menang, baik pun kalah sudah menjadi resam
pertandingan. Kenangan yang tinggal semoga menjadi pengajaran
untuk terus hidup.
Kita khuatir kemenangan yang cari dengan menggadaikan
maruah dan Islam agama anutan serta terus menyemarakkan
bibit-bibit perpecahan kaum Melayu.