Surah Al-'Adiyat
Surah ini diwahyukan di Makkah
Pokok perbincangan surah ini menerangkan bahawa manusia amat
kufur kepada Allah dan amat kasih kepada harta..
Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan kemulian kuda perang.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan
kedengaran kencang nafasnya.
Ayat 2 - Serta mencetuskan api dari tapak kakinya.
Ayat 3 - Dan meluru menyerbu musuh dengan kencang pada waktu
Subuh.
Ayat 4 - Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu.
Ayat 5 - Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan
musuh.
Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan umat manusia itu amat kufur dan amat kasihkan
harta.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 6 - Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur
akan nikmat Tuhannya.
Ayat 7 - Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan
dengan jelas keadaan yang demikian.
Ayat 8 - Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta
(secara tamak haloba).
Khulasah Al-Quran