Surah Al-Ghasyiyah
Surah ini diwahyukan di Makkah.
Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan gambaran
wajah-wajah manusia yang kafir dan wajah-wajah manusia yang
beriman pada hari Qiamat dan balasan-balasan yang akan diterima
oleh mereka masing-masing. Disamping itu surah ini juga menyeru
manusia supaya meneliti kejadian-kejadian haiwan, gunung-ganang
dan kejadian bumi untuk mengukuhkan keyakinan dan keimanan.
Intisari pengajaran yang pertama bagi surah ini ialah :
Menerangkan keadaan wajah-wajah manusia yang beriman dan manusia
yang kafir pada hari Qiamat serta balasan-balasan yang akan
diterima oleh mereka masing-masing.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 1 - Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal
hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
Ayat 2 - Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk
kerana merasa hina,
Ayat 3 - Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat
lelah,
Ayat 4 - Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat
panas (membakar), -
Ayat 5 - Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak
panasnya.
Ayat 6 - Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari
pokok-pokok yang berduri,
Ayat 8 - (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada
hari itu berseri-seri,
Ayat 9 - Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik
yang telah dikerjakannya di dunia).
Ayat 10 - (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi
(tempat kedudukannya darjatnya),
Ayat 11 - Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan
yang sia-sia.
Ayat 12 - Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir.
Ayat 13 - Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang
tinggi (tempatnya).
Ayat 14 - Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk
mereka),
Ayat 15 - Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka
berbaring atau bersandar),
Ayat 16 - Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Mengeru manusia meneliti kejadian-kejadian alam untuk memupuk
keimanan mereka.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 17 - (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari
akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia
diciptakan?
Ayat 18 - Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan
binaannya.?
Ayat 19 - Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
Ayat 20 - Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
Intisari pengajaran yang ketiga bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa tugas Rasul ialah menyampaikan bukannya
memaksa.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 21 - Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai
Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada
yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang
Rasul pemberi ingatan.
Ayat 22 - Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa
mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
Khulasah Al-Quran