Surah Al-Insyiqaq
Surah ini diwahyukan di Makkah.
Pokok perbincangan surah ini ialah mengenai perjuangan hidup
manusia di dunia ini. Dan juga mengenai cara-cara orang Mukmin
dan orang kafir menerima buku-buku laporan amalan masing-masing
pada hari Qiamat.
Intisari pengajaran yang pertama bagi surah ini ialah :
Menerangkan peristiwa-peristiwa kemusnahan langit dan bumi pada
hari Qiamat.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 1 - Apabila langit terbelah,
Ayat 2 - Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah
semestinya ia patuh;
Ayat 3 - Dan apabila bumi diratakan,
Ayat 4 - Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi
kosong,
Ayat 5 - Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah
semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan
mengetahui apa yang telah dilakukannya).
Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan perjuangan hidup manusia di dunia akan berakhir
dengan menemui Allah.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 6 - Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa
berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya
upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu,
kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah
usahakan itu (tercatit semuanya).
Intisari pengajaran yang ketiga bagi surah ini ialah :
Menerangkan cara-cara orang Mukmin dan orang kafir menerima
rekod-rekod amalan masing-masing pada hari Qiamat.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 7 - Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya
dengan tangan kanannya, -
Ayat 8 - Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan
ringan,
Ayat 9 - Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman)
dengan sukacita.
Ayat 10 - Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya
(dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Ayat 11 - Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Ayat 12 - Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak
menjulang.
Intisari pengajaran yang keempat bagi surah ini ialah :
Menerangkan balasan orang-orang yang tidak percaya kepada
Al-Quran.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 21- Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan
Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
Ayat 22 - (Tidak ada satu alasan pun) bahkan
orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Ayat 24 - Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang
tidak terperi sakitnya;
Khulasah Al-Quran