Surah At-Tariq
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini ialah mengajak manusia-manusia memahami dan mengingati asal-usul kejadian mereka di samping menekankan bahawa Allah itu berkuasa menghidup manusia itu kembali pada hari Qiamat.

Intisari pengajaran surah ini ialah :
Mengingatkan manusia kepada asal kejadian mereka dan bagaimana mereka akan dihidupkan kembali selepas mati.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 4 - Tiada suatu diri jua oun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya)
Ayat 5 - (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan!
Ayat 6 - Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim).
Ayat 7 - Yang keluar dari "tulang selubi" lelaki dan tulang dada perempuan.
Ayat 8 - Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula setelah mati).
Ayat 9 - Pada hari ini didedahkan segala yang terpendam di hati (dari i'tiqad, niat dan lain-lainnya).

Khulasah Al-Quran