Surah Al-Bayyinah
Surah ini diwahyukan di Madinah

Pokok perbincangan surah ini ialah pernyataan dari ahli kitab dan orang-orang musyrik bahawa mereka akan tetap dalam agamanya masing-masing sehingga datang nabi yang telah dijanjikan seperti yang tercatit di dalam kitabnya.Juga menerangkan berlakunya perpecahan di antara orang-orang beriman dan tidak beriman setelah Rasul SAW diturunkan .

Intisari pengajaran pertama bagi surah ini ialah :
Pernyataan dari ahli kitab dan orang-orang musyrik bahawa mereka akan tetap dalam agamanya masing-masing sehingga datang nabi yang telah dijanjikan seperti yang tercatit di dalam kitabnya.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 1 - Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -
Ayat 2 - Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
Ayat 3 - Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.

Intisari pengajaran kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa berlakunya perpecahan di antara Ahli-Ahli Kitab dan ini adalah dari angkara perbuatan mereka sendiri.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 4 - Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

Intisari pengajaran ketiga bagi surah ini ialah :
Menerangkan amalan-amalan asasi agama yang benar.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 5 - Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.

Intisari pengajaran keempat bagi surah ini ialah :
Menerangkan balasan terhadap orang-orang kafir dari Ahli Kitab.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 6 - Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.

Intisari pengajaran kelima bagi surah ini ialah :
Menerangkan balasan terhadap orang-orang yang beriman ialah kehidupan kekal abadi di dalam syurga.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 7 - Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
Ayat 8 - Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Khulasha Al-Quran.