Surah Al-Buruj
Surah ini diwahyukan di Makkah
Pokok perbincangan surah ini ialah mengisahkan cerita
pembesar-pembesar Najran membakar hidup-hidup orang-orang yang
beriman disamping menerangkan balasan orang-orang menyiksa dan
memfitnah orang-orang Mukmin.
Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan kejahatan-kejahatn pembesar-pembesar Najran yang
telah menyediakan parit-parit dan membakar orang-orang Mukmin di
dalamnya.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 4 - Celakalah kaum yang menggali parit.
Ayat 5 - (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran.
Ayat 6 - (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di
kelilingnya.
Ayat 7 - Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada
orang-orang beriman.
Ayat 8 - Dan mereka tidak marah dan menyiksakan orang-orang
beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah
:
Menerangkan balasan orang-orang yang menyiksa dan
menfitnahkan orang-orang Mukmin.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 10 - Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan
bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan
perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka
mereka akan beroleh azab neraka jahanam. (Kerana perbuatan buruk
itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar
(kerana mereka tidak bertaubat).
Intisari pengajaran yang ketiga bagi surah ini ialah
:
Menerangkan bahawa Allah yang berkuasa menciptakan sesuatu
pada permulaan jadinya maka Dia juga berkuasa menghidupkan
kembali.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 13 - Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian
makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula
selepas mati).
Khulasah Al-Quran