Surah Al-Humazah
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan kehinaan orang-orang menjadi pencaci dan pembuat fitnah.

Intisari pengajaran yang pertama bagi surah ini ialah :
Menerangkan balasan terhadap orang-orang yang menjadi pencaci dan pembuat fitnah.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Kecelakaan besar kepada tiap-tiap pencaci, pengeji.

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan balasan terhadap orang-orang yang asyik mengumpulkan harta demi bermegah dengan harta.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 2 - Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya
Ayat 3 - Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini).
Ayat 4 - Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Hutamah".

Khulasah Al-Quran