Surah Al-Insyirah
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan kelebihan-kelebihan Nabi Muhammad SAW. dan menerangkan prinsip susah senang dalam perjuang.

Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan nikmat hidayat dan nikmat nama yang harum yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk).
Ayat 2 - Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).
Ayat 3 - Yang memberi tanggunggan, (dengan memberikan berbagai-bagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan seruan kepada usaha perjuangan yang gigih menuju kejalan Allah.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 5 - Oleh itu,maka (tetapkanlah kepercayanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai oleh kemudahan.
Ayat 6 - (Sekali lagi ditegaskan):bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai oleh kemudahan.
Ayat 7 - Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
Ayat 8 - Dan kepada TuhanMu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingin).

Khulasah Al-Quran