Surah Al-Kafirun
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini ialah menetapkan pegangan kepercayaan Tauhid yang tulen yang merupakan ikrar yang tegas setiap orang Muslimin.

Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan satu pengumuman ikrar orang mukmin memutuskan hubungannya dengan orang-orang kafir dalam semua aspek ibadat.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-kafir!"
Ayat 2 - "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah."
Ayat 3 - "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah."
Ayat 4 - "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat."
Ayat 5 - "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat."

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Pengumuman dasar kebebasan beragama.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 6 - "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

Khulasah Al-Quran