Surah Al-Kauthar
Surah ini diwahyukan di Makkah
Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan nikmat-nikmat yang
limpah yang telah dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW disamping
perintah mendirikan solah Hari Raya 'Idil Adhha serta berkorban
untuk fakir miskin.
Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah dikurniakan dengan
nikmat-nikmat yang limpah di dunia dan di Akhirat.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan Di
Akhirat).
Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan perintah mendirikan solah 'Idil Adhha dan
menyembelih korban.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 2 - Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu
semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Intisari pengajaran yang ketiga bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa penentang Nabi Muhammad SAW adalah orang
putus dari rahmat Allah.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 3 - Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang
terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diinginnya).
Khulasah Al-Quran