Surah Al-Muzammil
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini menerangkan saat-saat terharu yang dialami oleh Rasulullah SAW selepas ditemui oleh malaikat Jibril dan menerima wahi yang pertama dariNya dan selepas beliau mendengar berita bahawa pemimpin-pemimpin Quraisy merancang untuk menentang dakwahnya.

Intisari ruku' 1 bagi surah ini ialah :
1. Menerangkan Nabi Muhammad SAW diperintah membanyakkan solat di waktu malam dan membaca Al-Quran dengan bacaaan yang hemat juga membanyakkan zikurullah.
2. Nabi Muhammad SAW diseru supaya bersabar terhadap tuduhan kaum musyrikin.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Wahai orang yang berselimut
Ayat 2 - Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat untuk berehat).
Ayat 3 - Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.
Ayat 4 - Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil.
Ayat 5 - Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakan).
Ayat 6 - Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya
Ayat 7 -(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
Ayat 8 - Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat tumpuan.
Ayat 10 - Dan bersabarlah menghadapi apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu) dan jauhkan dirimua dari mereka dengan cara baik.
Ayat 11 - Dan biarkanlah Aku sahaja yang membalas orang-orang memdusta (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan beri tempoh kepada mereka sedikit masa.
Ayat 12 - Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan mereka menjulang-julang.
Ayat 13 - Serta makanan yang menjadi pemakannya tercekek dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Ayat 14 - (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadikan gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.

Intisari ruku' 2 bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa Rasullullah SAW dan pengikut-pengikutnya dari angkatan pertama yang telah menjalani perintah ibadat solat dan tilawah dengan segala ketekunan dan kesungguhan telah diberi kelonggaran dan keringanan oleh Allah SWT.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 20 - Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya, engkau bangun (sembahyang tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) dari orang-orang bersamamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jua yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengirakan dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lain orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamanya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikan sembahyang serta berilah zakat; dan berikanlah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, - sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Khulasah Al-Quran