Surah Al-Takathur
Surah ini diwahyukan di Makkah
Pokok perbincangan surah ini ialah melarang manusia bertanding
membanyakkan harta-benda dengan tujuan bermegah-megah terhadap
satu sama lain.
Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Mengecam manusia yang berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan
dengan tujuan bermegah-megah.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal
bakti) oleh perhatian berlumba-lumba untuk mendapatkan
sebanyak-banyaknya (harta-benda, anak-pinak, pangkat dan
pengaruh).
Ayat 2 - Sehingga kamu masuk kubur.
Ayat 3 - Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan
mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Ayat 4 - Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali
(bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang
buruk pada hari Qiamat)!
Ayat 5 - Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa
yang kamu hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah
kamu melakukan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk
Akhirat)!
Ayat 6 - (Ingatlah!) demi sesungguhnya kamu akan melihat
neraka yang marak menjulang.
Ayat 7 - Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai
orang-orang durhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang
yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa setiap nikmat yang dikurniakan kepada
manusia itu akan ditanya pada hari Qiamat.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 8 - Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya
pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah kamu
nikmatinya)!
Khulasah Al-Quran